darah dan airmata
Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya
maka benarlah firman-Mu
dalam surah Al-Ankaboot
bahawa adakah manusia itu dikira beriman
selagi dia tidak diberi ujian...
dan benarlah jua firman-Mu
dalam surah Al-Mulk
bahawa kehidupan ini tidak lain
hanyalah untuk menguji manusia
siapakah yang paling baik amalannya...
Namun,diriku hanyalah insan biasa
kadang-kadang ku terasa
betapa beratnya cubaan-Mu
tangisan dan rintihan di hati
hanya Engkau yang tahu
kini tiada siapa tempat mengadu
hanya kepada-Mu ku berserah
kerana tiada siapa yang sudi mendengar
apatah lagi menolong
selain dari-Mu yang setia
yang berada dimana-mana
setiap masa dan ketika
betapa mahalnya harga cinta-Mu
yang hanya dapat dibeli
melalui korban perasaan dan jiwa
dengan jihad dan perjuangan
yang dihiasi titisan darah dan linangan air mata
ya Allah..
sejak ku mulakan hidup baru
betapa hebatnya ujian-Mu
yang menggegarkan jiwa
hingga sampai ke kerongkongan
yang menghiris hati menusuk kalbu
menggoncang keimanan dan keyakinan
kuharungi semua ini hanya kerana-Mu
tidak ku pinta hanyalah redha-Mu
insan yang lemah ini tidak berdaya
menanggung beban yang melebihi kemampuan
namun ku rela berjuang
aku rela berkorban
demi cinta suci-Mu
demi mendapat naungan kasih-Mu
di dunia dan akhirat kelak
ya Allah sabarkan lah hatiku
tahanlah kemahuanku
bebaskan ku dari belenggu kejahilan
hidup suburkan hatiku dengan cahaya-Mu
agar ku dapat menempuhi ranjau-ranjau
yang penuh berduri
dengan hati yang cekal tabah
dibasahi dengan keimanan dan ketaqwaan..
ya Allah..
gagahkan diriku
untuk terus bertahan
ku yakin akan janji-Mu
pertolongan-Mu amatlah dekat
cuma memerlukan sedikit lagi kesabaran
untuk mencapai kemenangan dan kejayaan
ya Allah..
hanya kepada-Mu kami sembah
dan hanya kepada-Mu
kami meminta pertolongan...
http://cintahakiki.blogspot.com/maka benarlah firman-Mu
dalam surah Al-Ankaboot
bahawa adakah manusia itu dikira beriman
selagi dia tidak diberi ujian...
dan benarlah jua firman-Mu
dalam surah Al-Mulk
bahawa kehidupan ini tidak lain
hanyalah untuk menguji manusia
siapakah yang paling baik amalannya...
Namun,diriku hanyalah insan biasa
kadang-kadang ku terasa
betapa beratnya cubaan-Mu
tangisan dan rintihan di hati
hanya Engkau yang tahu
kini tiada siapa tempat mengadu
hanya kepada-Mu ku berserah
kerana tiada siapa yang sudi mendengar
apatah lagi menolong
selain dari-Mu yang setia
yang berada dimana-mana
setiap masa dan ketika
betapa mahalnya harga cinta-Mu
yang hanya dapat dibeli
melalui korban perasaan dan jiwa
dengan jihad dan perjuangan
yang dihiasi titisan darah dan linangan air mata
ya Allah..
sejak ku mulakan hidup baru
betapa hebatnya ujian-Mu
yang menggegarkan jiwa
hingga sampai ke kerongkongan
yang menghiris hati menusuk kalbu
menggoncang keimanan dan keyakinan
kuharungi semua ini hanya kerana-Mu
tidak ku pinta hanyalah redha-Mu
insan yang lemah ini tidak berdaya
menanggung beban yang melebihi kemampuan
namun ku rela berjuang
aku rela berkorban
demi cinta suci-Mu
demi mendapat naungan kasih-Mu
di dunia dan akhirat kelak
ya Allah sabarkan lah hatiku
tahanlah kemahuanku
bebaskan ku dari belenggu kejahilan
hidup suburkan hatiku dengan cahaya-Mu
agar ku dapat menempuhi ranjau-ranjau
yang penuh berduri
dengan hati yang cekal tabah
dibasahi dengan keimanan dan ketaqwaan..
ya Allah..
gagahkan diriku
untuk terus bertahan
ku yakin akan janji-Mu
pertolongan-Mu amatlah dekat
cuma memerlukan sedikit lagi kesabaran
untuk mencapai kemenangan dan kejayaan
ya Allah..
hanya kepada-Mu kami sembah
dan hanya kepada-Mu
kami meminta pertolongan...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar