Selasa, 22 Mei 2012

Sebuah Monolog Hamba Yang Hina

Hari ini, semalam dan kelmarin
pelbagai peristiwa telah berlaku
satu persatu menimpa
diriku yang lemah tak berdaya
menguji keimanan yang senipis bawang
bagai lalang
ditiup ke kiri dan ke kanan
tanpa pendirian
tanpa pegangan



bukan ku rela
semua ini terjadi
tetapi entah mengapa
mungkin disebabkan dosa-dosa
aku dibalas sebegini

bukan ku rela
untuk berlaku ego
dan mementingkan diri
dan bukan niatku
untuk memutuskan sillaturrahim
ikatan ukhuwah yang telah lama terbina

dalam terumbang-ambing
ku cuba gagahi diri
namun ikatan nafsu begitu kuat
membelenggu ku
dalam kebuntuan ini
bisikan syaitan terus menasihati
supaya terus jauh dari jalan ini

Ya Allah
aku memohon kekuatan
berilah hidayah-Mu
berilah petunjuk-Mu
pimpinlah aku kejalan-Mu yang lurus

kerana

tanpa bimbingan-Mu
tanpa cahaya-Mu
aku tidak mampu
meneruskan hidup ini
tidak mampu bertahan
ujian demi ujian bertubi-tubi

aku ingin berpaut pada-Mu
yang menguasai segala-galanya
yang membatasi hati-hati
aku ingin tsabat di jalan-Mu
iaitu jalan yang pernah dilalui
oleh hamba-hamba-Mu
yang Engkau kasihi dan redhai

Namun ya Allah
aku masih terkontang-kanting
mencari jalan keluar
dengarlah rintihan ku ya Allah
aku tidak ingin begini
selama-lamanya

Berilahku harapan
walaupun ku tahu
berputus harap dengan rahmat-Mu
bukan lah sifat seorang muslim

Ya Allah,
ampunilah dosa-dosaku
ampunilah kesalahan-kesalahanku
bersihkan hati ku
sucikan jiwa ku
agar cahaya-Mu mudah menembusi
hati hamba-Mu yang hina ini

Ya Allah,
bimbinglah, peganglah dan pautlah
tanganku
kuatkan dan teguhkan jiwaku
ke arah jalan yang sebenarnya
agarku tidak sesat
dalam hidup yang sementara ini

Aku serahkan segala-galanya
kepada Mu ya Allah
kerana Engkaulah
yang lebih mengetahui
.....Segala-galanya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar